FAM & MFL tidak harus tolong pasukan bola sepak profesional sepanjang PKP

Liga Malaysia bakal melalui detik hitam disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Ini berikutan impak negatif yang dibawa oleh pandemik tersebut susulan tindakan kerajaan mengehadkan pergerakan dan pergaulan melalui (Perintak Kawalan Pergerakan) PKP, sekaligus menyaksikan Liga Malaysia ditunda.

Pengkritik bola sepak tempatan, Serbegeth Singh menjelaskan bahawa antara impak negatif yang boleh berlaku adalah pasukan terkubur dan nilai pemain merudum.

Beliau menjelaskan perkara itu tidak mustahil akan berlaku kerana COVID-19 memberi kesan menyeluruh kepada ekonomi dunia yang sememangnya berkait rapat dengan penajaan dalam bola sepak.

“Kita akan kembali kepada realiti selepas bola sepak ketika ini dijual begitu mahal. Penaja tetap akan taja tapi ikut pada nilai (liga) sebab ekonomi dunia hadapi masalah besar,” katanya kepada BH Sukan.

“Nilai pemain akan turun, nilai pasukan akan turun, nilai penaja akan turun, segalanya akan turun dan sekiranya ada kelab yang langsung tak boleh berdikari dalam keadaan begini, mereka akan tenggelam. Itu akan berlaku.

“Kalau ada pemain yang akan tamat kontrak hujung tahun ini, jangan sangka tahun depan pemain itu akan diberi kontrak yang tinggi atau lumayan. Kita akan kembali kepada nilai sebenar, bola sepak di seluruh dunia akan mengalami masalah.

“eberapa pemerhati bola sepak tempatan juga tidak menolak kemungkinan beberapa pasukan kerdil yang tidak mempunyai kewangan kukuh akan ‘tutup kedai’ musim depan sekiranya saingan Liga M musim ini dibatalkan.” katanya lagi.

Serbegeth atau lebih dikenali sebagai Shebby walaubagaimanapun menegaskan bahawa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tidak perlu menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan kepada mana-mana pasukan profesional sepanjang PKP ini.

Ini termasuklah kepada termasuk pasukan kerdil yang mempunyai sumber pendapatan terhad.

“Kita beraksi dalam lapangan bola sepak profesional dan perkataan profesional itu maksudnya kita sudah berdikari.

“Jika pasukan amatur atau liga amatur bolehlah kita kata FAM bagi duit sikit.

“Tapi kalau (dalam liga) profesional, maaf. Tidak seharusnya FAM atau MFL menghulurkan bantuan kewangan kepada sesiapa atau mana-mana pasukan,” katanya.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top