Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah baru-baru ini menandatangani perjanjian dengan Sportradar.
Perjanjian ini akan melihat Sportradar memberikan FAM kemudahan Platform Pengurusan Federasi (FMP) miliknya, yang mana merupakan kit berkatitan data dan maklumat.
Mengikut kenyataan FAM, perjanjian dengan Sportradar adalah untuk tiga tahun dimana Sportradar berjanji untuk membekalkan perkhidmatan pengurusan, alat perkhidmatan pungutan data dan alat Pengurusan Data Visual dan Komersial.
Secara umumnya, perjanjian FAM dengan Sportradar akan menyaksikan FAM berupaya menguruskan Liga Malaysia dengan lebih teratur lagi di samping turut memastikan wujudnya pangkalan data khas berkenaan pertandingan di bawah kelolaan FAM.
Sumber: FAM