FAM kaji semula perlawanan bolasepak pada bulan Ramadan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah memutuskan untuk mengkaji semula keinginan mengadakan perlawanan bolasepak Liga Super dan Liga Premier pada bulan puasa pada tahun-tahun akan datang.

Keptutusan ini dibuat pada Mesyuarat Eksekutif FAM yang ke-5 semalam.

FAM berkata bahawa mereka telah memberanikan diri untuk melaksanakan perlawanan pada bulan Ramadan tetapi mengakui mereka tiada pengalaman mengenai kesan daripada perlawanan di bulan Ramadan.

Dalam pada itu, FAM telah mengambil keputusan menilai semula hasrat mengadakan perlawanan bersifat kompetitif pada bulan Ramadan, dan telah memberi indikasi ianya tidak akan berlaku lagi.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top