Pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia akan dibawa ke Sarawak dan Sabah untuk mengadakan perlawanan persahabatan menentang Singapura di dalam masa terdekat.
Dua destinasi utama telah dicadangkan, yakni Kuching dan Kota Kinabalu.
Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Amin, Sabah dan Sarawak akan menjadi destinasi seterusnya bagi Harimau Malaysia yang dikendalikan oleh Ong Kim Swee selepas dua perlawanan playoff kelayakan Piala Asia diadakan di Stadium Larkin kelak.
Perancangan membawa pasukan Harimau Malaysia ke Kuching dan Kota Kinabalu adalah untuk membolehkan peminat bolasepak Malaysia menyaksikan dengan sendirinya corak permainan Malaysia.
Menurut Hamidin, maklum balas dari persatuan negeri berkenaan cadangan tersebut adalah positif.
Hamidin walaubagaimanapun tidak memaklumkan tarikh perlawanan tersebut dijangka akan diadakan.