Faiz Subri wakil tungal Asia di dalam senarai pendek Anugerah Puskas FIFA 2016

‘Gol menentang hukum graviti’ oleh pemain Pulau Pinang, Faiz Subri, merupakan wakil tunggal dari benua Asia selepas FIFA menamakan sepuluh gol yang disenarai pendek untuk anugerah PUSKAS FIFA 2016.

Anugerah Puskas FIFA merupakan anugerah yang diadakan secara tahunan untuk meraikan jaringan gol tercantik di dalam dunia.

Pemenang akan ditentukan melalui undian dua peringkat dengan tiga jaringan dengan undi terbanyak pada 2 December meneruskan kemaraan ke peringkat Undian terakhir sehingga acara penyampaian Anugerah Puskas 2016 pada 9 Disember 2016.

Turut disenarai pendek untuk anugerah tersebut adalah pemain-pemain ternama seperti Neyma dan Lionel Messi.

Bagi anda ynag terlepas jaringan-jaringan yang disenarai pendek, saksikan video dibawah.

Bagi yang berminat mengundi untuk gol jaringan Faiz, anda boleh ke pautan ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top