Fadzley teruja bersama Bujang Senang

Penjaga gol baru Sarawak Fadzley Rahim mengaku beliau amat teruja dengan pengalamannya di Sarawak setakat ini.

Beliau yang ditemuramah selepas latihan petang skuad Sarawak mendedahkan suasana semasa latihan, yang ditimbulkan oleh penyokong Sarawak sememangnya diluar jangkaannya.

Apabila ditanya lebih lanjut berkenaan komen tersebut, Fadzley menyatakan bahawa beliau tidak menjangkakan begitu ramai peminat akan hadir di stadium, sungguhpun hanya sesi latihan.

Fazley turut menambah “Bagi pemain baru macam saya, suasana begini membuat saya amat teruja dan bersemangat untuk bermain bersama Sarawak. Ianya membuatkan saya ingin menunjukkan kebolehan saya kepada peminat agar peminat berpuas hati dengan keputusan jurulatih membawa saya ke Sarawak.

Menurut penjaga gol kelahiran Semenyih, Selangor ini, suasana di Stadium Negeri semasa latihan Sarawak adalah sesuatu yang pertama kali beliau alami sepanjang kariernya sebagai pemain bolasepak.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top