Penjaga gol Fadzley Rahim yang cedera di jari tangan mendedahkan kekecewaan beliau kepada kami di SarawakCrocs.com melalui pesanan ringkas hari ini.
Menurut Fadzley, beliau pasrah terhadap nasib yang menimpa dirinya, namun amat berharap peminat akan berdoa agar beliau akan cepat sembuh.
Tambah Fadzley, sememangnya beliau amat berharap dapat beraksi dan membantu pasukan Bujang Senang musim ini, namun nasib seolah-olah tidak menyebelahi beliau apabila secara tiba-tiba cedera pada saat akhir.
Apabila ditanya berkenaan jangkamasa pemulihan kecedereaan beliau, Fadzley mendedahkan beliau perlu berehat sekurang-kurangnya sebulan sebelum boleh kembali beraksi.
Dalam pada itu, Fadzley berkata beliau akan tetap turun untuk latihan, namun hanya akan membuat latihan ringan sahaja.
Kami di SarawakCrocs.com dalam pada itu berharap Fadzley akan tetap tabah, dan akan cepta sembuh.