Fadzley gembira dapat bermain untuk Sarawak

Penjaga gol muda Sarawak Fadzley Rahim melahirkan perasaan gembiranya kerana akhirnya berjaya mendapat peluang untuk bermain bagi pasukan barunya Sarawak FA.

Dalam satu temubual ringkas, Fadley mengakui bahawa beliau sebenarnya agak tertekan apabila penjaga gol utama Sarawak Sani Anuar diberikan kad merah.

Sungguhpun demikian, beliau berkata bahawa semangat satu pasukan telah membolehkan Sarawak bertahan sehingga wisel penamat, dan sekaligus melayakkan Sarawak ke pusingan suku akhir Piala FA.

Fadzley turut mengakui bahawa beliau bersiap sedia menggalas cabaran sebagai penjaga gol utama Sarawak sewaktu Sani masih digantung, dan berjanji akan memberikan persembahan yang terbaik sekiranya diberikan kepercayaan tersebut oleh Robert Alberts.

Fadzley adalah pemain baru di Stadium Negeri, dan beliau telah melahirkan keinginannya untuk belajar sebanyak mungkin dari penjaga gol utama Sarawak, Sani.

Beliau mendapat aksi pertamanya bersama skuad Bujang Senang, dimana beliau telah bertindak cemerlang menafikan peluang keemasan Fitri Shazwan dalam minit-minit terakhir perlawanan bagi membolehkan Sarawak tidak dibolosi lawan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top