Ketua jurulatih Selangor FC, B. Satiananthan mengganggap pembatalan Liga Malaysia tahun ini adalah sesuatu yang harus dielakkan.
Menurut laporan New Straits Times, Satiananthan percaya bahawa seluruh industri bola sepak Malaysia akan terkesan sekiranya Liga Malaysia diabatalkan ekoran pandemik Covid-19.
Antara kesan pembatalan liga yang disebut Satiananthan adalah penarikan diri penaja dari pasukan bertanding, serta kehilangan kerja di kalangan warga bola sepak Malaysia.
Beliau dalam pada itu berharap bahawa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Malaysia Football League (MFL) akan mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan masalah ini.
“Ya, kerajaan mungkin akan meneruskan PKP ini, atau melarang perhimpunan besar-besaran selepas PKP.
“Sungguhpun demikian, jika ianya akan berakhir dengan Liga Malaysia dibatalkan, ianya akan menjejaskan semua orang dalam arena bola sepak.
“Banyak pasukan akan menghadapi masalah. Ianya bukan sahaja akan mengganggu pemain dan jurulatih, tetapi keseluruhan industri bola sepak.
“Saya rasa ada jalan penyelesaian terbaik untuk mengelakkan pembatalan Liga Malaysia. FAM dan MFL perlu melihat kepada langkah bagi memastikan perjanjian dan kontrak bersama penaja di dipenuhi.
“Penaja akan menarik diri jika kontrak mereka tidak dipenuhi.” kata Satiananthan kepada New Straits Times.
Beliau turut menambah bahawa beliau berharap Liga Malaysia akan diteruskan musim ini sambil mendakwa bahawa ramai akan kehilangan pekerjaan sekiranya Liga Malaysia dibatalkan.