Dzulazlan dan Sharol bakal beraksi kembali

Setelah sekian lama tidak diturunkan, pertahanan kebal Sarawak Dzulazlan Ibrahim dilaporkan kini bersedia untuk kembali bermain mengikut akhbar New Sarawak Tribune.

Turut mengiringi beliau adalah Sharol Saperi yang juga dilaporkan sebagai sudah bersedia untuk bersaing untuk kedudukan tetap di dalam jentera tengah Sarawak.

Kedua-dua pemain Sarawak ini tidak beraksi sebelum ini kerana mengalami kecederaan jangka panjang pada tahun 2013, dan kelibat mereka berdua telah diisi oleh pemain-pemain berkaliber seperti Hairol Mokhtar, Mafry Balang Junior Eldstal dan Reesyafiq Alwi.

Menurut sumber SarawakCrocs.com, kedua-dua Sharol dan Dzulazlan kini sudah mula menjalani latihan bersama skuad Bujang Senang, dan tidak membuat senaman ringan seperti sebelumnya.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top