Penolong Jurulatih Sarawak FA berkata bahawa pasukan bimbingannya masih mempunyai peluang untuk layak ke Final Challenge Cup biarpun tewas kepada UKM FC dalam saingan Separuh Akhir Pertama malam tadi.
Menurut Denny, persediaan pasukan bimbingannya tidak sempurna untuk perlawanan separuh akhir yang baharu tamat Ahad lalu ekoran cuaca di Kuching yang kurang sempurna. Kuching dilanda jerebu teruk sepanjang minggu lepas dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200.
Dalam pada itu, Denny percaya bahawa semangat pemainnya akan menyaksikan pasukan bimbingannya berusaha sedaya upaya untuk mengubah keputusan perlawanan yang kini memihak kepada UKM secara aggregate.
Denny dipetik sebagai berkata “Saya percaya kita masih ada satu peluang. Pemain masih lagi ada impian untuk masuk final dan kita akan cuba sedaya upaya untuk membuat sesuatu bagi menterbalikkan keputusan” pada akhir perlawanan.
Sarawak telah tewas kepada UKM melalui jaringan tunggal Milad Zanidpour pada minit ke-80 perlawanan, sekaligus memberikan pasukan UKM peluang cerah untuk beraksi di pentas final Challenge Cup 2019.
Perlawanan timbal balik Separuh Akhir Challange Cup akan berlangsung pada 28 September ini.