David Usop mengundur diri sebagai ketua jurulatih Sarawak FA

KUCHING – David Usup hari ini mengesahkan bahawa beliau akan ‘merehatkan diri’ selaku Ketua Jurulatih pasukan Sarawak FA. 

Pengumuman tersebut dibuat semasa satu sidang media hari ini tadi, dengan David ditemani Wahet Uji.

Dalam membuat pengumuman tersebut, David menyatakan bahawa beliau tidak menerima sebarang desakan untuk membuat keputusan tersebut, dan keputusan dibuat atas sikap profesional beliau.

David menambah bahawa kekalahan tiga kali berturut-turut adalah tidak bagus untuk pasukan bekas bimbingannya dan beliau sebagai jurulatih profesional perlu bertanggungjawab ke atas prestasi kurang baik pasukan Bujang Senang.

Dalam sidang media tersebut, David turut memaklumkan Pangiran Bala akan mengambil alih tugas beliau selaku Ketua Jurulatih Sarawak FA.

Sarawak kini di kedudukan kesepuluh Liga Super selepas tewas kepada Felda United malam tadi. – SarawakCrocs.com

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top