Pengendali Sarawak FA, David Usop berkata beliau mungkin akan membuat sedikit rombakan terhadap kesebelasan utama skuad Bujang Senang bagi menghadapi perlawanan Liga Super menentang Selangor sabtu ini.
Menurut laporan Stadium Astro, beliau terpaksa membuat rombakan tersebut berikutan prestasi kurang memuaskan pasukan Sarawak pada aksi Piala FA menentang Terengganu minggu lalu.
David Usop menambah, rombakan perubahan tersebut merupakan satu langkah yang pasti untuk mengelakkan Sarawak keciciran mata menentang Selangor pada Sabtu ini.
Sarawak kini merupakan pasukan kedua tercorot dalam carta Liga Super di hadapan Pulau Pinang. Namun, pasukan Sarawak masih berpeluang untuk melonjak sekiranya menang pada perlawanan yang akan datang.
Sarawak dijadualkan akan menentang Selangor pada Sabtu ini di Stadium Selayang, dengan perlawanan bermula pada jam 9PM.