David akui hakikat pasukan bimbinganya

Ketua Jurulatih pasukan Sarawak, David Usop sedar bahawa pasukan bimbingannya masih mempunyai tugas yang amat berat, sungguhpun telah mencatat kemenangan ke atas pasukan Terengganu FC II tempoh hari.

Menurut David, beliau masih menganggap pasukan Bujang Senang belum selamat daripada zon penyingkiran, sungguhpun keputusan positif berjaya dicatatkan di Terengganu tempoh hari.

Tambah David, perbezaan mata yang terlalu dekat di antara pasukan-pasukan bawahan liga memerlukan Sarawak untuk mengurangkan kesilapan kerana sebarang kesilapan boleh mengundang padah.

Dalam pada itu, David mengakui bahawa Sarawak banyak mencipta peluang apabila menentang T-Team, tetapi barisan serangan perlu mempertajamkan penyudah kerana banyak peluang tersebut disia-siakan.

Sarawak akan menentang T-Team sekali lagi hari ini, tetapi kali ini di dalam saingan Piala Malaysia.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top