Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang menyiasat kes penolong pengadil yang didakwa mengeluarkan kata-kata kesat kepada penyerang import Sarawak, Billy Mehmet pada perlawanan Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Sabtu lalu.
Menurut FAM, insiden tersebut dilaporkan pegawai pasukan Sarawak selepas perlawanan dengan kes berkenaan sudah berada dalam perhatian Jabatan Undang-Undang badan induk itu.
Turut mendapat perhatian FAM adalah kualiti pengadil perlawanan di antara JDT menentang Sarawak Sabtu lalu dimana pihak FAM turut mengesahkan mereka telah menerima aduan rasmi.
Sabtu lalu menyaksikan Sarawak tewas kepada JDT di Stadium Larkin dengan Billy Mehmet, Ryan Griffith dan Tengku Mahkota Johor, mengadu berkenaan kualiti dan tindakan pengadil perlawanan.
Sumber: HM