Wanita Sarawak di undi di dalam kumpulan C

Pasukan Sarawak telah diundi dalam kumpulan C bersama Kelantan, Pahang dan Negeri Sembilan dalam kejohanan bolasepak wanita Piala Tun Sharifah Rodziah edisi 2017. 

Pasukan Sarawak dijangka mampu untuk melepasi peringkat kumpulan berdasarkan prestasi semasa dalam Liga Bolasepak Rakyat Wanita 2017 dan prestasi pasukan dalam edisi 2016. 

Pada tahun 2016, pasukan Sarawak mengakhiri kempen Piala Tun Sharifah Rodziah di peringkat separuh akhir apabila tewas menentang johan edisi 2015 dan 2016, MISC-MIFA. 

Manakala pada kejohanan Liga Bolasepak Rakyat Wanita 2017, Sarawak yang diwakili pasukan gabungan Bintulu dan Miri turut menamatkan saingan di peringkat separuh akhir setelah ditewaskan juara temasya, Kota Setar dari Kedah. 

Memandangkan temasya kali ini akan berlangsung di Miri, pihak pengurusan pasukan menyasarkan pasukan Sarawak untuk muncul johan untuk mengambil peluang selaku tuan rumah. Pemain Sarawak yang dibarisi dari skuad pilihan Liga Bolasepak Rakyat Wanita dijangka mampu mencapai sasaran yang diinginkan. 

Juara bertahan, MISC-MIFA pula diundi dalam kumpulan A, bersama pasukan Perak, Selangor dan PDRM. Naib johan edisi 2016, Sabah pula diundi di kumpulan B bersama Kedah, Melaka dan Pulau Pinang. 

Kejohanan Piala Tun Sharifah Rodziah dijadualkan bermula pada 8 hingga 15 April di Stadium Miri, Padang Pusat Reakreasi Petroliam dan Padang PGA Batalion 12. 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top