Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin telah dilantik sebagai pemangku presiden Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA).
Keputusan pelantikan beliau dibuat oleh Majlis Tertinggi SAFA yang dipengerusikan Timbalan presiden SAFA Datuk Abdul Rahman Zakaria.
Pelantikan Bung Mokhtar yang terkini ini akan turut menyaksikan beliau dilantik secara rasmi menjadi Pengerusi SAFA kelak.
“Kita telah berjumpa dengan beliau (Bung Mokhtar) dan beliau bersetuju dilantik sebagai pemangku presiden sebelum dilantik secara sah sebagai presiden SAFA dalam Mesyuarat Agung SAFA akan datang” kata Abdul Rahman kepada BERNAMA.
SAFA dalam pada itu dikatakan melantik Bung ekoran pengalaman beliau dalam bola sepak dimana beliau pernah menjadi penaung kepada Felcra FC.
“Kita tahu Bung Mokhtar mempunyai pengalaman kerana beliau pernah menjadi penaung pasukan bola sepak Felcra FC beberapa tahun lepas.” tambahnya Abdul Rahmanlagi.