Bukan Salah Shreen kata Robert

Jurulatih Sarawak, Robert Alberts enggan menyalahkan Shreen Tambi (nombor 20) diatas kegagalan pasukan Bujang Senang memungut mata penuh ketika menerima kunjungan Pahang Sabtu lalu.

Menurut laporan New Sarawak Tribune, Robert berpuas hati dengan persembahan pemain muda itu, walaupun mengakui Shreen agak gugup pada awal-awal perlawanan.

Tambah Robert, Sarawak sepatutnya boleh menjaringkan lebih gol jika lebih banyak peluang dihidangkan oleh barisan tengah beliau yang kehilangan Sharol Sapari akibat kecederaan.

Dalam pada itu, Robert juga memuji pemain import Billy Mehmet yang pada hemah beliau berjaya membuka ruang dan peluang kepada pemain lain untuk mencari gol kemenangan Sarawak pada Sabtu lalu.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top