Bukan ‘dijual’, tetapi untuk kebaikan anak Sarawak sendiri

Kejayaan pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim, Gabriel Nistelrooy, yang diumumkan sebagai salah satu pemain profesional yang lahir dari Akademi Bolasepak JDT mendapat reaksi menarik dari mantan bekas jurulatihnya, Hakimi Man.

Hakimi dalam satu perkongsian di media sosial menyatakan bahawa Gabriel telah ebenarnya ragu – ragu untuk ke JDT untuk sesi pemilihan tersebut, namun beliau berjaya dipujuk setelah beberapa individu selain dirinya berjaya mengurangkan kerisauan pemain yang baru sajaha nmenerjah 16 tahun pada ketika itu.

Mengikut coretan Hakimi, semuanya bermula dengan perkongsian bersama rakan – rakan di sebuah kedai kopi, yang mana kemudiannya menjadi titik permulaan langkah pemain Iban itu menjalani saingan percubaan untuk memasuki akademi ternama itu.

Beliau berkata bahawa salah seorangnya adalah En. Yussri Ali @ Ayyu, yang mana menghulurkan RM100 sebagai wang saku untuk membantu Gabriel ke JDT.

Menurut Hakimi, Ayyu bukanlah orang yang kaya dan hanya bekerja biasa di kampung, tetapi beliau tetap cuba memberi sumbangan kepada Gabriel.

Selain itu, seorang lagi, En. Abdul Taip Daud, telah turut membantu Gabriel mencapai cita – citanya dalam membantu membelikan tiket penerbangan Gabriel ke JDT secara dalam talian.

Gabriel semasa masih di bawah latihan Hakimi

Menurut Hakimi, kedua – dua individu itu, termasuk dirinya, hanya mengharapkan satu sahaja sebagai balasan, dimana Gabriel, apabila suda menjadi pemain profesional kelak, akan mampu membantu keluarganya sendiri.

Malahan, Hakimi juga mengakui bahawa hadir tomahan yang menyatakan bahawa beliau telah ‘menjual Gabriel’ ke JDT.

Beliau mengakui agak terkilan apabila dilabel telah ‘menjual Gabriel’ tetapi telah juga berpesan kepada Gabriel bahawa “Bukan masa depan saya yang penting tetapi masa depan awak yang lebih penting. Kamu harus berjuang untuk hidup”.

Hakimi juga terus tegas dengan pendiriannya bahawa langkah memperkenalkan Gabriel ke Akademi JDT adalah sesuatu yang betul kerana ianya adalah satu langkah ke depan yang mampu membantu Gabriel berjaya sebagai pemain bola sepak kelak.

Dengan JDT satu – satunya kelab di Malaysia yang mempunyai akademi bola sepak yang lengkap untuk pemain bawah- 12 hingga bawah-21 tahun di Malaysia, ianya sememangnya satu langkah bijak untuk memperkenalkan Gabriel kepada arena JDT pada usia muda.

Adalah diharapkan banyak lagi pemain muda yang berbakat dari Sarawak akan mendapat peluang seperti ini pada masa akan datang.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top