Bujang Senang perlukan penyokong setia 

Pasukan Sarawak FA memerlukan sokongan padu dari segenap penyokong untuk menyemarakkan lagi semangat pemain dan pasukan. 

Menurut mantan Naib Presiden FAS, Datuk Paruwadi Musa, penyokong Sarawak FA tidak harus sekadar menjadi penyokong bermusim, tetapi perlu menjadi penyokong setiap keadaan untuk pasukan yang turut digelar Bujang Senang. 

Tambahnya lagi, pasukan Sarawak FA memerlukan sokongan yang tidak berbelah bagi tanda mengira prestasi pasukan semasa.

Hal ini kerana, pemain dan pasukan lebih memerlukan pasukan apabila keputusan perlawanan di memihak mereka. 

Sarawak FA kini sedang bersiap sedia untuk perlawanan ketiga Liga Super yang dijadualkan akan berlangsung di Stadium Negeri sabtu ini. 

Turut berlangsung ketika hujung minggu ini adalah karnival bolasepak anjuran Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top