Bujang Senang mulakan kempen mencari awang import baru

Skuad kendalian Robert Alberts dijangka akan memulakan sesi pengujian awang import yang baru bermula hari ini.

Menurut sumber akhbar tempatan, seramai lima pemain telah berada di Kuching untuk menampilkan aksi mereka di hadapan Robert Alberts bagi mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan Ronald Hikspoor pada bulan April kelak.

Laporan akhbar Utusan Sarawak menggambarakan bahawa lima pemain tersebut datang dari beberapa negara Eropah seperti Belgium dan Romania.

Sarawak terdesak mencari pemain import baharu selepas Ronald Hikspoor dilanda kecederaan serius ketika Sarawak menentang Selangor tempoh hari.

Antara nama yang disebut adalah bekas pemain Sarawak, Gabor Gyepes dan Muamer Salibasic, namun jurulatih Sarawak Robert Alberts sudah menafikan beliau akan mengambil semula kedua-dua pemain itu.

Dengan demikian, slot terakhir Sarawak akan diisi oleh pemain baharu yang berjaya memikat hati Robert dalam masa seminggu dua nanti.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top