Pasukan Sarawak FA berjaya memungut mata penuh malam ini selepas menewaskan Pulau Pinang FA, 2-0 di Stadium Negeri malam ini tadi.
Gol Sarawak FA dijaringkan oleh Alif Hassan melalui tandukan pada minit ke-49, dan Awang Kamaruddin pada minit ke-72.
Di dalam perlawanan tersebut, pasukan Bujang Senang menunjukkan aksi menyerang sebaik wisel permulaan dan nyaris menjaringkan gol pada awal babak perlawan.
Sungguhpun demikian, ketumpulan barisan pertahanan mengecewakan pasukan Sarawak sehingga berakhirnya babak pertama.
Pada babak kedua, Sarawak terus meneruskan rentak menyerang, dan Alif bertindak bijak menanduk masuk gol pertama perlawanan, sebelum Awang menyumbat masuk gol kedua perlawanan. – sarawakcrocs.com