Bujang Senang kekal tercorot di Liga Super, berisiko terlepas P. Malaysia

Pasukan Sarawak kekal di tangga terbawah Liga Super selepas sembilan perlawanan dengan enam mata, sama dengan pasukan Pulau Pinang yang menghuni tangga ke-11.

Sungguhpun demikian, Sarawak masih lagi berpeluang bangkit ke kedudukan kelapan jika berjaya menewaskan Terengganu yang menghuni tangga tersebut kini, dengan syarat, Sarawak menewaskan Terengganu 4 Mei ini, dan pasukan Pahang, Perak dan Pulau Pinang seri atau kalah perlawanan mereka.

Kegagalan Sarawak mengutip mata penuh pada perlawanan itu nanti bakal menyaksikan Sarawak terus menduduki tangga tercorot, dan sekaligus menipiskan lagi peluang Sarawak ke pertandingan Piala Malaysia yang ditukar formatnya musim ini.

Jika pasukan bimbingan K Rajagobal terus gagal memungut mata penuh pada perlawanan ke-11, maka Sarawak akan secara automatik gagal melayakkan diri ke Piala Malaysia musim ini.

Mengikut cadangan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), penentuan pasukan ke Piala Malaysia musim ini akan berdasarkan kedudukan Liga Super dan Liga Perdana pada perlawanan ke-11 dimana pasukan yang menghuni tangga tercorot Liga Super tidak akan layak bermain di Piala Malaysia.

Selain daripada itu, lima pasukan teratas Liga Premier akan turut diberi slot untuk bermain di Piala Malaysia.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top