30 JUN – Perlawanan Liga Super di antara Sarawak FA dan Kelantan FA pada 1 Julai Sabtu ini bakal mendapat liputan secara langsung melalui Media Prima, di stesen televisyen TV9.
Ini adalah kali ketiga pasukan Sarawak FA mendapat siaran langsung di rangkaian televisyen milik Media Prima setelah mendapat siaran langsung untuk perlawanan Liga Super menentang Felda United (4 Mac) dan Perak (24 Mei).
Biarpun sudah mendapat tiga siaran langsung, Sarawak FA sehingga kini belum lagi diberikan siaran langsung dari Stadium Negeri, yang merupakan kubu Bujang Senang sehingga kini dengan ketiga-tiga siaran langsung semuanya adalah perlawanan di tempat lawan. – sarawakcrocs.com




