Skuad Bujang Senang terpaksa melupakan hasrat menurunkan kapten pasukan mereka, Sharol Saperi untuk perlawanan Sabtu ini apabila beliau dilaporkan masih dibelenggu kecederaan.
Sharol yang bertindak cemerlang sebagai pemain tengah Selasa lepas telah mengalami kecederaan di separuh masa kedua perlawanan Sarawak-Kedah.
Tempat Sharol akan diambil oleh Guy Bwele yang dikatakan telah pulih dari kecederaan yang dialaminya sebelum ini.
Sarawak akan bertemu Kedah di Stadium Negeri Sabtu ini, yang mana pemenang perlawanan ini akan menghadapi laluan lebih mudah untuk ke suku-akhir pertandingan Piala Malaysia.
-Gambar Sharol Saperi (kanan) oleh DS