Kerajaan Sarawak dijangka akan melonggarkan peraturan dan SOP yang melarang peminat bola sepak daripada menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium dalam masa terdekat.
Menurut Menteri Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, SOP baharu berkenaan kehadiran penonton di stadium akan diumumkan pada 1 April depan.
“Selepas 1 April nanti, ada SOP baharu berkaitan kehadiran penyokong ke stadium termasuk kemudahan-kemudahan sukan lain.” jelas Abdul Karim dalam satu artikel yang dibawakan media tempatan.
“Ia termasuk pengumumman SOP tersebut,” jelasnya lagi selepas melancarkan Liga SSC – FAS hujung minggu tadi.
Buat masa ini, kerajaan persekutuan telah bersetuju membenarkan peminat bola sepak Malaysia kembali menonton perlawanan Liga Malayia dengan jumlah terhad untuk perlawanan – perlawanan tertentu.
Sungguhpun demikian, sukan bola sepak di Sarawak masih tertakluk kepada keputusan akhir Jawatankuasa Bencana Sarawak (SDMC) yang tidak selalu mengikut keputusan peringkat kerajaan pusat.