Inisiatif #BolaTanpaMercun oleh Sarawak Crocs dimulakan hari ini bagi memberi kesedaran, dan sekaligus melenyapkan letupan mercun di stadium-stadium seluruh negara semasa perlawanan bolasepak, khususnya di Sarawak.
Letupan mercun bukan sahaja menggangu perlawanan pasukan, malahan boleh menyebabkan kecederaan jika terkena sesiapa.
Kempen yang akan dijalankan sepanjang tahun, termasuk ketika semua perlawanan bolasepak yang dimainkan di stadium.
Pihak kami bermula hari ini, akan menggembleng tenaga semua penyokong bolasepak di dalam negeri Sarwak dan di luar negeri Sarawak bagi membuatkan kempen ini berjaya.
Jika berjaya, bilangan mercun yang dimainkan di dalam stadium, khususnya jenis ‘airbomb’ diharap semakin berkurangan, dengan sasaran pihak kami melihat penyokong bolasepak Sarawak, dan Malaysia amnya, mempunyai minda penyokong kelas pertama.
Sambutan terhadap kempen ini, setelah diwar-warkan amat menakjubkan dengan banyak pihak mula memberikan sokongan. Setakat ini, pihak UltraCrocs Fan Club, Sarawak Bloggers Society, Sarawak FA Fans adalah antara kumpulan khusus yang bersetuju menyokong kempen ini.
Adalah dilihat bahawa kempen ini penting bagi memberi revolusi kepada bolasepak negara, dan seterusnya menaikkan imej bolasepak Malaysia secara amnya.
Jika anda mewakili sesebuah organisasi, NGO, ultra atau apa-apa badan, dan ingin menyokong kempen ini, sila lah email kami di admin(at)sarawakCrocs(dot)com. Kami menerima sokongan dan oenyertaan dari semua pihak tidak kira di mana anda berada.
Bagi mengetahui sokongan yang diterima setakat ini, bolehlah merujuk ke laman ini.
p/s: Bagi kami, Flare bukan mercun.