Bolasepak Sarawak FA akan distruktur semula atas arahan Ketua Menteri Sarawak, Abang Zohari Openg.
Menurut Abang Zohari, yang lebih dikenali sebagai Abang Jo, penstrukturan semula itu akan menggunakan dana kerajaan Sarawak dan ianya akan dibuat bagi mengembalikan bolasepak ke zaman kegemilangannya.
Abang Jo turut memaklumkan bahawa Menteri Belia, Seni, Sukan dan Pelancongan, Datuk Karim Hamzah akan bertanggungjawab terhadap penstrukturan semula tersebut dimana beliau mahukan pasukan yang lebih baik dibina.
Dalam perkembangan sama, Abang Jo turut mahu pasukan baharu ini tidak terlalu bergantung dengan kerajaan Sarawak sebagai sumber kewangan utama pasukan tersebut.
Abdul Karim dalam pada itu menyatakan bahawa penstrukturan bukan sahaja akan melibatkan pasukan Sarawak FA, malahan sukan-sukan lain di Malaysia.
Pasukan Sarawak FA kini berada di kedudukan ke-5 Liga Premier selepas mengharungi 11 perlawanan.