Billy Mehmet akui beliau dijanjikan kontrak oleh Sarawak FA

Bekas penyerang Sarawak FA,  Billy Mehmet mengakui beliau pernah dijanjikan kontrak sambungan oleh Sarawak FA, namun ‘sesuatu telah berlaku’ , yang mengakibatkan beliau akhirnya meninggalkan pasukan Bujang Senang.

Beliau yang mengulas pemergian beliau ke negara jiran Singapura, mengakui kes beliau ketika bersama Sarawak FA adalah hampir sama dengan ketika beliau bersama Kedah FA.

Billy seterusnya menyatakan bahawa beliau sebenarnya tahu punca beliau tidak ditawarkan kontrak baharu,  namun beliau enggan mendedahkannya kerana khuatir akan memburukkan individu tertentu.

Billy yang menyarung jersi Sarawak pada musim 2015 merupakan penjaring terbanyak Sarawak pada musim tersebut, namun kontrak beliau tidak dilanjutkan oleh Sarawak.

Beliau seterusnya diambil oleh pasukan Tampines Rovers di Singapura, dan telahpun menjaringkan 17 gol bersama pasukan wakil Piala AFC Singapura itu.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top