Penyerang import baharu Sarawak, Billy Mehmet telah disenaraikan sebagai pemain pilihan di dalam kesebelasan pilihan laman web bolasepak Four Four Two.
Billy yang sudah menjaringkan dua gol dari dua perlawanan, di lihat ampuh di bahagian serangan Sarawak dan bakal mengegarkan jaring lagi pada perlawanan masa hadapan, seperti juga ketika beliau bersama Kedah FA.
Dalam perlawananan menentang Felda United dan Terengganu, Billy menggegar jaring sebelum perlawanan memasuki minit ke-15, sekaligus membuktikan betapa berkesan beliau di bahagian serangan Sarawak.
Turut disenaraikan di dalam kesebelasan utama adalah Ronny Harun, pertahanan kelahiran Sabah yang setia bersama Sarawak sejak beberapa tahun lepas.
Ronny dikatakan beraksi hebat di bahagian pertahanan dengan memastikan pasukan Pahang gagal membuat serangan berbahaya ke arah pinti gawang Sarawak, dan sekaligus memastikan Sarawak memenangi perlawanan menentang Terengganu pada Sabtu lalu.
Sumber: FFT