Benedict Martin kembali sarung jersi Sarawak? 

Benedict Martin, bekas pemain pada tahun 2012 munkin akan menyarung kembali jersi pasukan Sarawak FA. 

Menurut kemaskini laman sosial terbaru Benedict Martin, beliau memberi gambaran bahawa beliau dalam perjalan balik ke Malaysia, selepas berada di Indonesia buat seketika dengan ungkapan “Aku percaya rencanaMu yang terbaik buat diriku. God, if its in your will, let it be done in your way”. 

Beserta kenyataan tersebut adalah gambar logo Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), 

Jika Benedict dipanggil semula, ianya bukanlah satu kejutan kerana FAS telah membuat kenyataan akan memperkuatkan pasukan pada jendela perpindahan Jun, dan Benedict adalah calon yang sesuai untuk memperkuatkan barisan pertahanan. 

Sebelum Sarawak FA, Benedict sebelum ini pernah bermain bersama pasukan belia Selangor FA, sebelum ke Perak FA, dan kemudiannya Sarawak FA pada 2010.

Beliau hanya meninggalkan Sarawak FA pada 2012 untuk menjadi kapten pasukan Kuala Lumpur. 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top