Setelah hampir sebulan bersama pasukan Sarawak United A (SUA), laporan Suara Sarawak hari ini mendakwa bahawa Juan Carlos Magro Oliva belum menandatangani kontrak sebagai ketua jurulatih rasmi pasukan tersebut.
Mengikut laporan akhbar tersebut, Magro didakwa akan menandatangani kontrak pada minggu ini.
Akhbar tersebut juga mendakwa bahawa Magro dipilih dari lima jurulatih bola sepak lain, dan beliau kini dibantu oleh Safri Amit, yang sebelum ini membantu pasukan Sarawak United C (SUC).
Dalam perkembangan sama, Suara Sarawak juga mendakwa bahawa sumber mereka mengesahkan bahawa Magro “sedang memuktamadkan senarai pemainnya dan akan menyerahkan kepada pihak pengurusan untuk tindakan selanjutnya”.
Laporan ahbar tersebut juga mendakwa bahawa kebanyakan pemain SUA merupakan bekas pemain Sarawak United B (sebelum ini dikenali sebagai Sarawak FA).
Setakat ini, pihak pengurusan SUA dilihat lebih gemar mengambil tindakan mendiamkan diri dan kami difahamkan mereka enggan memberi sebarang komen berkenaan pasukan SUA.
SUA adalah pasukan Selangor United yang dijenama semula selepas ianya diambil alih oleh Persatuan Bolasepak Sarawak.