Belum masa untuk panik

Biarpun hanya mendapat satu mata daripada dua perlawanan pertamanya, dan kini menghuni tangga ke sembilan Liga Premier, penolong jurulatih Kuching City FC, Sulaiman Hussin, enggan menekan butang panik.

Menurut Sulaiman, pasukan bimbingannya sememangnya menerima cabaran dengan terpaksa bermain empat perlawanan pertama di tempat lawan, dan mereka akan cuba untuk mendapatkan sebanyak mungkin mata yang mereka dapat perolehi.

Sungguhpun demikian, lawan Kuching City pada awal perlawanan adalah lawan – lawan yang sukar.

“Empat perlawanan pertama kita memang sukar, dan kita bermain di tempat lawan.  Ini adalah risiko dan cabaran yang kita ambil bagi kami untuk menghadapi perlawanan di tempat lawan pada peringkat awal.” kata Sulaiman dalam temuramah selepas perlawanan menentang JDT II yang mana menyaksikan pasukan beliau tewas.

Sulaiman turut menyatakan bahawa sebarang mata yang berjaya dikutip pada peringkat awal pertandingan Liga Malaysia musim ini juga boleh dianggap baik.

Sungguhpun demikian, jika pasukan gagal memungut mata di tempat lawan pada peringkat awal ini, Sulaiman juga merasakan bahawa belum hadir keperluan untuk panik asalkan pasukan berjaya memberi saingan.

“Seberapa banyak mata yang kami boleh ambil pada peringkat awal ini adalah baik.”

“Kalau tak dapat pungut tiga mata apabila bertandang di tempat lawan, kita tidak perlu panik. Kita berjaya beri persaingan.” jelas Sulaiman lagi.

Kuching City akan bertemu seteru setempatnya, Sarawak United pada minggu ini kelak untuk perlawanan ke-tiga kelab Kuching tersebut, dan perlawanan keempat untuk Sarawak United.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top