Bekas pemain Sarawak, Rozaimi Abd Rahman dilaporkan kritikal di Hospital Queen Elizabeth selepas beliau terlibat di dalam satu kemalangan ngeri di Likas, Sabah.
Menurut laporan yang diterima, Rozaimi kini di dalam keadaan koma dan beliau bersama rakan beliau sedang dirawat di unit kecemasan Hospital Queen Elizabeth.
Saksi kejadian melaporkan bahawa Rozaimi hilang kawalan kereta yang dipandunya, sebelum beliau merempuh pokok.
Rozaimi baru sahaja pulih daripada kecederaan panjang dan kini bermain untuk skuad negeri kelahiran beliau, Sabah. Kepulangan beliau ke Sarawak pernah menjadi buah mulut di kalangan peminat tempatan pada bulan April lalu.