Beberapa pemain utama Sarawak demam

Sarawak mungkin tidak dapat menurunkan kesebelasan utama jika kesihatan beberapa pemain utama mereka terus merundum menjelang aksi penting menentang JDT Sabtu ini.

Antara pemain yang dikhabarkan kini demam adalah Billy Mehmet, Shahrol Saperi, Ronny Harun dan Fadzley Rahim.

Menurut laporan NST, keempat-empat pemain tersebut tidak dibenarkan berlatih selama dua hari kerana telah diberi suntikan selsema bagi memulihkan kesihatan mereka.

Sumber dalaman SarawakCrocs.com dalam pada itu mengesahkan bahawa keempat-empat pemain tersebut mungkin demam akibat cuaca panas melampau yang kini melanda negara.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top