Selepas Kuching mengesahkan tempat di perlawanan akhir, Padang Besar yang mewakili Perlis hari ini pula mengesahkan tempat sebagai lawan Kuching bagi penentu kejuaraan Liga Golasepak Rakyat (LBR) Kebangsaan.
Pengesahan Padang Besar bukanlah sesuatu yang mengejutkan selepas pasukan tersebut berjaya mendahului 2-0 di dalam perlawanan Separuh Akhir Kedua yang terpaksa ditunda pada minit ke-82 akibat cuaca buruk. Kedudukan pada ketika itu memberikan pasukan dari Utara tersebut sedikit kelebihan dari segi aggregat untuk mara ke perlawanan akhir.
Hari ini, Mohd Muhaimin memastikan Padang Besar sah ke perlawanan akhir apabila berjaya menjaringkan satu gol di dalam lapan minit baki perlawanan di Stadium UNIMAP, sekaligus menidakkan hasrat Padang Besar untuk pergi lebih jauh di dalam pertandingan yang diadakan buat julung kali ini.
Dengan kemenangan tersebut, Padang Besar bakal bertemu dengan Kuching FA pada 28 Mei ini untuk menentukan kejuaraan sulong LBR Kebangsaan.