Kelab bola sepak Sarawak United bakal melakukan rombakan besar – besaran menjelang pertemuannya dengan Kelantan United malam ini.
Pasukan yang bertapak di Kuching, Sarawak itu dijangka akan melayan kunjungan pasukan yang pertama kali bermain di Liga Profesional Malaysia malam ini pada jam 8.15PM di Stadium Negeri.
Menurut Ketua Jurulatih Sarawak United, E Elavarasan, Sarawak United perlu melupakan kekalahan yang lepas dan fokus kepada mengutip mata penuh malam ini.
Beliau dipetik sebagai mahu pemain beliau lebih bijak menyempurnakan peluang yang terhidang di depan pintu gol.
“Saya akan melakukan banyak perubahan terhadap barisan utama yang dipertaruhkan malam ini” kata Elavarasan kepada SUara Sarawak.
“Misi utama kami adalah untuk meraih kemenangan dan berharap apa yang dilakukan berupaya menghadirkan kemenangan yang dicari.”
“Pemain sudah melupakan episod mengecewakan tempoh hari dan mereka bersedia memanfaatkan kesempatan yang ada di gelanggang sendiri” katanya lagi.
Sarawak United kini berada di tangga kedua tercorot Liga Premier dan boleh turn ke tangga terbawah sekiranya gagal meraih sebarang mata malam ini.