Banyak perlu diperbaiki kata Elavarasan

Ketua jurulatih Sarawak United FC, Elavarasan berkata bahawa banyak perlu diperbaiki oleh pasukannya sebelum pasukan tersebut menghadapi JDT FC II kelak.

Jurulatih berpengalaman tersebut dipetik berkata demikian selepas perlawanan Pulau Pinang menentang Sarawak United.

Menurut Elavarasan, keputusan mengeluarkan pemain import Nicholas Marotta pada awal babak menyaksikan Pulau Pinang dalam keadaan lebih baik untuk menyerang pada kedua-dua belah babak perlawanan.

Elavarasan berkata “Saya berfikir Pulau Pinang di dalam situasi yang baik dalam pada babak pertama dan kedua dengan mereka memiliki kelebihan apabila pemain import kita terpaksa di keluarkan kerana kecederaan dan sekaligus menyaksikan Pulau Pinang mengambil kesempatan sepenuhnya ke atas itu untuk menjaringkan gol”.

Elavarasan juga mengakui bahawa pasukannya terlalu longar di dalam bertahan dan perlu banyak memperbaiki diri.

Kata Elavarasan “Kita pula terlalu longar di dalam bertahan, dan kita kena memperbaiki banyak tempat terutama sekali dalam bolosan gol tu masih kena belum dapat keserasian.”

Elavarasan mengakui bahawa pasukan beliau akan diperbaiki dengan lebih baik apabila mereka bertemu JDT FC II pada perlawanan Liga Premier kedue kelak.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top