Bantahan Pahang keatas Kedah tidak sah? 

Walaupun Liga Super telah berakhir, namun kini timbul persoalan jika status pasukan Pahang FC, yang terselamat dari penyingkiran musim hadapan, adalah sah.

Ini berikutan infografik yang dipaparkan oleh pihak Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP)  berkenaan perjalanan kes bantahan Pahang ke atas Kedah FA yang menurunkan Mohd Rizal Mohd Ghazali yang dikatakan pada ketika itu, sepatutnya digantung.

Menurut infografik tersebut, bantahan telah dibuat Pahang selepas hampir dua  bulan perlawanan telah berlangsung, yakni tidak bertepatan dengan peraturan Artikel 5.3 Liga Malaysia 2013-2016 yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkenaan dengan bantahan.

Mengikut peraturan tersebut (yang dihantar kepada kami), “Bantahan terhadap kelayakan pemain atau lain-lain bantahan hendaklah dihantar secara bertulis dan diterima oleh Setiausaha Agung FAM dalam tempoh 72 jam selepas tamatnya perlawanan berkenaan dan bantahan tersebut hendaklah disertai dengan wang tunai, wang pos atau bank draf atau membayar melauli e-perbankan dengan syarat menyertakan salinan slip bayaran berjumlah RM500.00 atas nama Persatuan Bolasepak Malaysia yang akan dikembalikan jika bantahan itu berjaya.”  Dokumen yang menyatakan demikian boleh dilihat seperti dibawah.

bantahan

Pihak kami walaubagaimanapun gagal mendapatkan sebarang dokumen berkaitan peraturan Liga Malaysia bagi mengukuhkan dakwaan tersebut, dan kedua-dua laman web FAM dan FMLLP tidak mempunyai salinan peraturan tersebut untuk tatapan umum.  Sebagai maklumat tambahan dan perbandingan, untuk Piala Dunia FIFA, sebarang bantahan mesti dibuat di dalam beberapa jam sahaja selepas berakhirnya perlawanan tersebut.

Sungguhpun demikian, jika benar terdapat klausa Artikel 53 seperti yang dinyatakan, maka keputusan FAM membenarkan Pahang membantah selepas tempoh yang ditetapkan adalah ‘luar biasa’,  terutama sekali apabila keputusan hasil bantahan tersebut telah menyebabkan Pahang secara langsung ‘selamat’ dari penyingkiran ke Liga Premier.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top