Baju tiruan GB13 dikesan di Selayang

Usaha pihak pengurusan kumpulan ultra GB13 yang kini terkenal sebagai kumpulan ultra utama Sarawak FA telah diperlekehkan oleh lanun-lanun cetak rompak baru-baru ini.

Hal ini timbul apabila wujud pihak tidak bertanggungjawab yang telah mengeluarkan barangan tiruan yang serupa dengan barangan GB13, dan menjualnya di Stadium Selayng semalam, sebelum perlawanan Sime Darby FC menentang Sarawak FA.

Sumber di media sosial mendapati bahawa pihak GB13 amat kecewa berkenaan wujudnya barangan tiruan tersebut dan mereka telahpun merujuk pakar undang-undang dalam kumpulan mereka untuk tindakan lebih lanjut.

Menurut sumber lagi, barangan tiruan tersebut bukan sahaja dijual pada harga lebih mahal, malahan akan secara tidak langsung merencatkan dana yang dikumpulkan GB13 yang sering kali digunakan bagi tujuan membuat tifo dan kain rentang untuk menyokong pasukan Sarawak.

Dalam pada itu, Sarawak Crocs sebagai portal tidak rasmi Sarawak FA, amat berharap semua pihak tidak membeli barangan tiruan, dan memilih untuk membeli barangan original.

Kalau bukan kita yang sokong pasukan dan penyokong kita, siapa lagi?

//Gambar dari GB13

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top