LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Khabar tidak rasmi dari Sabah FA mengatakan bahawa bekas jurulatih Perak Azraai Khor, bakal menduduki kerusi panas jurulatih utama Sabah.

Azraai yang pernah berkhidmat dengan pasukan Perak FA dan T-Team sebelum ini dilaporkan sudah berada di Kota Kinabalu, dan dikatakan dalam proses akhir rundingan kontrak untuk menerajui pasukan sang Badak bagi musim 2015.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Sabah kini dibawah jagaan jurulatih Justin Ganai selepas pengarah teknikalnya, George O’Callaghan dipecat baru-baru ini oleh pihak Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA).

Sebelum ini, Ong Kim Swee pernah dikaitkan dengan Sabah, namun beliau menegaskan yang beliau masih terikat bersama skuad Harimau Muda dan ingin terus bersama Persatuan Bolasepak Malaysia sehingga kontrak beliau tamat.