Ayah kepada tiga pemain Liga Inggeris telah dilantik sebagai Ketua Jurulatih baharu Melaka United (MUFC).
Eric William, yang berketurunan Inggeris, tetapi memiliki passport Australia, akan mengemudi pasukan MUFC untuk musim hadapan dengan ikatan kontrak selama setahun.
Menurut kontrak yang ditandatangani, khidmat Eric akan dipanjangkan jika beliau berjaya di MUFC.
Beliau yang sebelum ini bersama pasukan Yangon United dan pasukan bolasepak bawah-16 tahun Myanmar, telah membawa pasukan bimbingannya mencapai beberapa kejuaraan di dalam liga domestik Myanmar dan peringkat Asia Tenggara. Beliau turut pernah berkhidmat di Indonesia bersama Perseman Manokwari.
Selain daripada menjadi jurulatih, Eric juga merupakan ayah kepada tiga pemain profesional yang pernah bermain di Liga Inggeris, yakni Rhys, Ryan dan Aryn.