Aksi kurang konsisten skuad The Red Warriors (TRW) menyaksikan pihak pengurusan Kelantan FA membuat sedikit rombangan dengan memberi George Boateng tugasan baru berkuat kuasa serta merta.
Menurut kenyataan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, George akan dilantik sebagai Pengarah Teknikal TRW, yang mana akan menyaksikan beliau bertanggungjawab keatas semua pelan pembangunan bolasepak KAFA. Tugas George juga akan termasuk kerja-kerja menasihat, melatih dan memperkembangkan potensi semua jurulatih di dalam KAFA.
Tan Sri Annuar Musa turut mengumumkan bahawa Hashim Mustafa dilantik sebagai Pengarah Teknikal TRW, dengan Nafuzi Zain diarahkan menjadi jurulatih utama skuad Piala Presiden.
Berita paling mengejutkan di dalam kenyataan Tan Sri Annuar Musa sudah semestinya perlantikan Mohamed Azraii Khor sebagai Ketua jurulatih baharu TRW, sekaligus menggantikan tugas George. Azraii akan dibantu Zahasmi Ismail dan Mohamad Sidek.
Azraii sebelum ini dikaitkan dengan pasukan Sabah FA, namun perkembangan terbaru ini sekaligus menutup segala spekulasi berkenaan kedudukan jurulatih berprngalaman tersebut.