Ander Herrera telah menegaskan beliau ‘sangat gembira’ di Manchester United. Komen beliau timbul selepas wujud spekulasi beliau akan bersemuka dengan pengurus United Louis van Gaal berkenaan masa hadapan beliau di Old Trafford.
Herrera dibeli dengan kos £28juta sebelum kedatangan Van Gaal, namun telah mendapati dirinya seringkali tidak tersenarai di dalam kesebelasan utama United selepas kedatangan pengurus Belanda tersebut.
Pemain tengan dari Sepanyol itu hanya bermula sebagai pemain utama untuk enam perlawanan musim ini dan dilihat sering dicuba di pelbagai posisi ketika diturunkan.
Dalam satu temuramah sebelum ini, Herrera telah berkata beliau sanggup bekerja keras untuk memenangi tempat di skuad utama Van Gaal sambil menyifatkan kedudukan beliau di United adalah baik.
Herrera sebelum ini bermain untuk kelab Athletic sebelum menerima tawaran penghijrahan ke United pada 2014.