Anak Sarawak kembali jaga pintu gol Sarawak

Ketua Jurulatih Sarawak hari ini memaklumkan bahawa dua penjaga gol anak Sarawak berkemungkinan akan diserap ke pasukan Bujang Senang.

Menurut David, bekal penjaga gol Sarawak, Aidil Mohamad kini telah kembali berlatih dengan pasukan Bujang Senang, dengan satu lagi tempat diisi oleh Zul Mohi, bekas penjaga gol pasukan Liga Bolasepak Rakyat Kuching. Mereka akan menyertai Shahril Saari yang telah dikekalkan sebagai penjaga gol Sarawak pada musim hadapan.

David mengakui beliau berminat mendapatkan khidmat kedua-dua penjaga gol berpengalaman itu, dan menyerahkan keputusan akhir kepada pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).

Dalam perkembangan sama, David turut mengakui bahawa bayangan pasukan 2017 Sarawak sepatutnya dapat dilihat pada minggu ini, dengan beberapa pemain import hadir untuk sesi pemilihan esok (28 November).

Untuk ringkasan perpindahan pemain Sarawak, sila ke sini. Untuk melihat aktiviti bolasepak di sekitar anda, sila ke sini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top