Anak Sarawak antara 8 pemain profesional kelahiran akademi JDT

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim telah mengumumkan bahawa seorang dari lapan graduan Akademi Bolasepak JDT kini bergelar pemain profesional, adalah anak kelahiran Sarawak.

Pemain tersebut adalah Gabriel Nistelrooy Anak Tamin, yang menyertai Asmirul Husaini Zamri, Ahmad Aysar Hadi Shapri, Rafiefikri Rosman dan Aiman Danish Azli Abdul Azam, Ramadhan Saifullah Usman, Arif Aiman Hanapi dan Feroz Baharudin sebagai pemain profesional.

Kenyataan JDT menyebut bahawa Ramadhan, Arif dan Feroz telah melakukan debut dalam skuad senior manakala Gabriel bersama lima pemain lain telah membuat penampilan untuk JDT II dalam Liga Premier Malaysia.

JDT menjelaskan bahawa kesemua lapan pelatih tersebut telah berada sekurang-kurangnya dua tahun bersama Akademi JDT sebelum dinaikkan pangkat.

Gabriel telah menyertai Akademi JDT seawal usia 16 tahun apabila beliau memilih untuk menyertai akademi tersebut setelah dipelawa oleh pihak JDT.

Pemain berbangsa Iban itu kini merupakan antara pemain utama dalam pasukan JDT II yang bermain di Liga Premier, dan beliau telah sebelum ini menyatakan hasrat untuk berusaha lebih keras lagi untuk menaikkan lagi standard permainan beliau.

Untuk rekod, JDT adalah satu-satunya pasukan Malaysia yang mempunyai akademi lengkap bermula dari Bawah-12 hingga Bawah-21.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top