Anak didik Frank Bernhardt belasah Filipina

Pasukan bolasepak Bawah-22 tahun Malaysia yang dilatih jurulatih German Frank Bernhardt menunjukkan satu permainan yang baik dengan membelasah pasukan Bawah-22 Filipina 4-1 di Stadium Paroi tadi.

Di dalam perlawanan tersebut, Malaysia mengusai perlawanan tersebut dari minit pertama perlawanan dan berjaya menjaringan gol awal menerusi Arif Farhan pada minit ke-18 selepas menerima hantaran baik dari Nur Shamie.

S. Kumaahran kemudiannya menambah derita Filipina pada minit ke-29 selepas beliau mudah merembat masuk hantaran Nur Shamie.

Pada separuh masa kedua, N. Thanabalan menjaringkan gol ketiga Malaysia melalui tandukan cantik pada minit ke-65, sebelum Filipina menjaringkan gol pertama mereka lapan minit kemudian menerusi sepakan penalti yang mudah disempurnakan John Kanayama.

Belum sempat Filipina merancang serangan seterusnya, Farhan Roslan memastikan pasukan pelawat pulang kecewa dengan jaringkan kelima perlawanan, ke-empat untuk Malaysia, menerusi sepakan penalti pada minite ke-75.

Keputusan 4-1 memihak kepada Malaysia kekal sehingga tamat perlawanan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top