Amri sudah ditawarkan tempat bersama Sarawak United

Ketiadaan nama Amri Yahyah dalam senarai Sarawak United kelmarin terjawab apabila ketua jurulatih pasukan tersebut, E. Elavarasan, memaklumkan bahawa Amri sudahpun didekati oleh pihaknya.

Menurut Elavarasan, Amri walaubagaimanapun meminta sedikit masa untuk mempertimbangkan masa depannya dengan Sarawak United, dan kini Elavarasan hanya menanti jawapan dari Amri.

“Kita sudah berbincang, dan Amri pun sudah bagitahu bagi dia masa, jadi itu terpulang kepada keputusan Amri.” kata Elavarasan kepada Astro Arena.

“Itu terpulang kepadanya. Kami perlu mengambil kira pemain berusia seperti Amri, pemain muda. Sebab itu saya memberinya ruang,” jelas Elavarasan lagi.

Kontrak Amri bersama Sarawak United telah berakhir akhir November lalu, namun status beliau bersama Sarawak United tidak dapat dipastikan sehingga kini.

Ketiadaan nama Amri dalam senarai nama utama Sarawak United yang diumumkan Pengarah kelab tersebut, Posa Majais, menambahkan lagi spekulasi berkenaan halatuju pemain veteran itu pada musim hadapan.

Rata – rata peminat mahukan Amri kekal bersama Sarawak United, namun kini nampaknya Amri akan menentukan status tersebut.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top