PROMOSI BAJU

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK TERKINI DI TELEGRAM MySARAWAK .

Perlawanan Liga Premier di antara Kuching City FC (KCFC) menentang Terengganu FC II (TFC II) di Stadium Negeri Kuching petang ini tadi terpaksa ditunda.

Ini adalah kerana pemain dan pegawai Kuching City disahkah positif COVID-19.

Promosi RM1

Perlawanan ini adalah perlawanan kedua yang terpaksa ditunda ekoran jangkiran Covid-19. Sebelum ini aksi Kedah Darul Aman FC (KDAFC) bertemu Penang FC yang dijadualkan berlangsung di Stadium Darul Aman, malam ini juga terpaksa ditunda selepas dua pemain skuad Lang Merah disahkan positif COVID-19.

Ketua jurulatih Kuching City, Irfan Bakti Abu Salim, dilaporkan redha dengan penundaan tersebut dan berharap pemain yang terjangkit akan cepat sembuh.

Beliau juga berharap tidak ada lagi pemain mahupun pegawai lain dijangkiti oleh virus tersebut.

“Setakat ini ada beberapa pemain dan pegawai pasukan disahkan positif COVID-19, namun kami mendoakan agar mereka cepat sembuh selain mengharapkan baki pemain dan pegawai bebas daripada wabak pandemik itu,” katanya kepada Berita Harian.

Kuching City sepatutnya memulakan aksi Liga Premiernya petang ini tadi dengan perlawanan tempat sendiri pertamanya di Stadium Negeri.

Perlawanan tersebut juga sepatutnya menjadi debut pemain import baharu mereka Micheal Chukwubunna,