Amateur Football League (AFL) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) bersama lima liga baharu.
MoU ini akan menyaksikan kelima-lima liga ini akan beraksi di Liga M4 pada musim depan.
Lima liga yang menandatangani kontrak dengan AFL itu adalah Liga Komuniti Puchong, Shah Alam League, Subang Football League, Selangor Sosial Premier League dan Sunrise Soccer League.
Kemasukan lima liga itu menambah bilangan liga di peringkat Liga M4 di Selangor yang kini sudah menjangkau lebih 25 liga.
Liga M4 mengumpulkan liga-liga sosial dan liga-liga komuniti di peringkat negeri dan bahagian di dalam Malaysia. Buat masa ini, kebanyakan liga tersebut terdapat di Lembah Kelang dengan beberapa liga hadir di negeri-negeri lain.
Pemenang liga-liga M4 akan diberi peluang melayakkan diri ke peringkat Liga M3 yang mana juga merupakan liga amateur di Malaysia.
Menurut butiran di Wikipedia, buat masa ini, Liga M4 hanya melibatkan pasukan di Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak belum lagi mempunya liga komuniti, sosial mahupun anjuran negeri masing-masing di dalam kategori Liga M4.